"Keputusan Pembatalan Sapina PM Najib Bukti Skrip Ulangan Konspirasi Fitnah
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat kegagalan Dato’ Sri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah untuk disapina berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat bahawa kes Fitnah 2 yang sedang dibicarakan di mahkamah kini merupakan satu konspirasi mengulangi kes Fitnah 1 tahun 1998.
AMK melihat keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membenarkan permohonan Dato’ Sri Najib dan Datin Sri Rosmah supaya tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan ini dilihat sebagai satu “prejudge” pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan pembelaan beliau bahawa wujud konspirasi di mana Dato Sri Najib didakwa terlibat.
Sehingga ke hari ini masih belum ada penafian konkrit ke atas ‘turun naik’ kenyataan Dato’ Sri Najib di mana beliau memberi dua jawapan berbeza sewaktu ditanya media 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 mengenai pertemuan beliau dengan penuduh, Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008. Dalam respon media pertama, beliau mendakwa Saiful memohon biasiswa, sebaliknya respon media kedua, beliau menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat Datuk Seri Anwar di mana dari segi fakta, fitnah liwat yang dilakukan oleh Saiful berlaku 2 hari selepas pertemuan dengan Dato’ Sri Najib !"
Untuk petikan penuh, sila rujuk url: http://anwaribrahimblog.com/
1 ulasan:
PM & isteri sama sekali tidak mahu menghulur tengkuk untuk disembelih oleh peguam Anwar. Lebih baik fokus pembelanjaan berkhemah untuk rakyat..Yea ke? Of course what..
Catat Ulasan