Sana sini riuh rendah membincangkan hal politik yang tiada berpenghujung.. Kerajaan kata pembangkang tidak pandai mentadbir negeri dan mengikut telunjuk non-Malay, pembangkang pula membalas dengan memaparkan kerajaan dari dulu dan selamanya adalah korup dan hipokrit! Masing-masing mempunyai 'peluru' samada memperolehinya dari sumber benar atau tidak bukan menjadi keutamaan, yang paling penting, isu atau perkhabaran tersebut boleh mencederakan/mematikan antara satu sama lain.
Di dada-dada akhbar dan saluran TV utama, pembangkang kelihatan 1001 kepincangan samada membabitkan isu moral, penyelewengan pentadbiran, tidak patriotik terhadap negara, tidak menghormati institusi diraja, pro komunis, islam radikal, gila kuasa dan pelbagai lagi tohmahan negatif dilemparkan..
Bagaimana pula dengan pengolahan cerita mengenai gerak kerja dan sumbangan kerajaan kepada rakyat? Sejak dahulu hingga kini, tiada satupun perkhabaran di dada akhbar mahupun TV yang memaparkan perincian kejadian sebenar yang berlaku membabitkan pemimpin kerajaan.. Mengapa ini berlaku? Politik adalah kehidupan maka terpulanglah kepada parti politik samada mahu memilih jalan yang mereka kehendaki...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan