"Pakatan pembangkang membentangkan apa yang mereka label sebagai bajet alternatif tengahari tadi. Bajet yang akan membelanjakan wang negara sebanyak RM220 billion ini dikatakan sebagai bajet untuk kesejahteraan rakyat. Teman tak mau komen panjang, tapi memang senang main tabuh je janji nak belanja, sebab dema tak payah nak keluar duit sekupang pun yop. Main janji je, bukan duit makpak dema pun yop. Takat pembangkang yang perlu hanya tabur janji bermodalkan air liur aje yop. Sedangkan janji nak bagi duit kepada warga emas di Selangor pun belum ditunaikan lagi sampai hari ni. Tu pun berapa sen sangat. Di Pulau Pinang pulak, janji rejim anak jantan Kitsiang untuk beri duit kepada rakyat miskin ditunaikan dengan guna duit lumba kuda!Antara petikan yang terkandung di blog YB Zulkifli Nordin yang berjudul 'BAJET PiRaun?' bertarikh 4 Oktober 2011.
BAJET PiRaun - pada teman, bajet yang dibentangkan oleh pembangkang semalam layak dilabel sebagai bajet PiRaun. Kenapa teman kata begitu? Sebab itulah yang dibuat oleh Firaun. Semasa sudah sesak dengan asakan kebenaran risalah Nabi Musa a.s, dan rakyat Firaun sudah mula beralih untuk bersama Nabi Musa a.s, Firaun menawarkan pakej ransangan sesat kepada rakyatnya. Digula-gulakan rakyat dengan pelbagai janji, sambil didakyahkan pelbagai temberang mengenai risalah Nabi Musa a.s."
Untuk petikan penuh, sila rujuk url: http://zul4kulim.blogspot.com/
YB Zul, saya amat menghormati dan menggagumi semangat YB dalam meningkatkan, memartabatkan serta memperjuangkan Islam di Malaysia khususnya dan dunia secara amnya.. Namun demikian, melihatkan gerak laku dan ulasan yang telah YB suarakan dewasa ini samada melalui penulisan mahupun percakapan, membuatkan saya berasa gundah dan gelisah memikirkan perubahan ketara melanda diri YB yang mana ia sekaligus merencatkan perjuangan asal.
Kenapa mesti memburukkan kerajaan Selangor & Pulau Pinang? Adakah YB telah membuat perincian dan kaji selidik di kedua-dua negeri tersebut dengan mendapatkan ulasan daripada warga emas dan penduduk setempat? Maka tidak wajar mempersoalkan sumbangan yang telah diberikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat kepada rakyat mereka tanpa sebarang statistik tepat mengenainya..
Jangan membuta tuli membuat tohmahan kepada pihak lain tanpa membuat penyelidikan dan kajian yang tepat kerana tindakan ini sama sekali menampakkan kepada umum akan kebodohan kita.
Tentu ada rasionalnya penghasilan dan pembentangan Belanjawan Pakatan 2012 oleh Pakatan Rakyat dengan terbuktinya kejayaan mereka memacu dengan jayanya negeri Selangor dan Pulau Pinang.
Untuk keterangan lanjut, rujuk URL Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 seperti berikut:
http://www.pakatanrakyat.info/?page_id=108
http://www.keadilanrakyat.org/images/stories/webimg.. /blog/pakatan_rakyat_shadow_budget_2012_final_version.pdf
Baca, fahami dan selami keikhlasan Pembangkang a.k.a Pakatan Rakyat.. Itupun kalau mereka betul2 ikhlas.. Kalau didapati mereka sama sekali tidak ikhlas, campakkan sahaja mereka jauh-jauh pada pilihanraya akan datang.. Sebab apa, kuasa di tangan rakyat.. Rakyat mempunyai kuasa menentukan hala tuju negara..
4 ulasan:
anda kena mentang mentang berucap terhadap sesiapa yang dimaksudkan. Tiada maknanya jika anda menulis surat tetapi penerima surat tidak menerima dan membaca hati suara anda yang sepi.
Untuk makluman saudara, saya sudah beberapa kali membuat ulasan dan komen di blog YB Zul, dan saya percaya beliau sama sekali telah membacanya.. Namun beliau sama sekali tidak membenarkan pendapat saya dipaparkan di blognya (walaupun ulasan yang ditulis sama sekali tidak berbentuk kecaman, ancaman, kutukan, bahasa kasar dan sebagainya) kerana saya percaya sedikit sebanyak akan memberikan kesan negatif kepada keperibadian YB Zul.. Saya percaya bahawa suara yang sepi ini kelak suatu hari nanti bisa memberikan kesan yang positif di arena politik tanah air..
Untuk makluman saudara, saya sudah beberapa kali membuat ulasan dan komen di blog YB Zul, dan saya percaya beliau sama sekali telah membacanya.. Namun beliau sama sekali tidak membenarkan pendapat saya dipaparkan di blognya (walaupun ulasan yang ditulis sama sekali tidak berbentuk kecaman, ancaman, kutukan, bahasa kasar dan sebagainya) kerana saya percaya sedikit sebanyak akan memberikan kesan negatif kepada keperibadian YB Zul.. Saya percaya bahawa suara yang sepi ini kelak suatu hari nanti bisa memberikan kesan yang positif di arena politik tanah air..
Ini membuktikan bahawa beliau tidak berfikiran terbuka untuk menerima pendapat yang berlainan terhadap beliau dan lebih gemar mendengari komen yang menyokong pendapat beliau.
adalah sedih dimaklumkan itulah lumrah alam yang berdosa. Suka sesetengah orang hidup dalam kegelapan kerana perbuatan mereka yang jahat. Semua yang berbuat jahat membenci cahaya dan tidak akan berdiri dalam cahaya kerana takuti perbuatan jahat akan didedahkan.
Tetapi kepada sesiapa yang hidup dalam kebenaran berdiri di bawah cahaya, supaya segala perbuatan mereka dibukti adalah secara tulus di bawah tatapan Tuhan.
Apa pendapat anda?
Catat Ulasan