Sumber: Malaysiakini
WWW 15: Liow ada tiga pilihan, kata JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan hari ini bahawa Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai tiga pilihan berhubung
tawaran mendapatkan nombor WWW 15.
“Beliau boleh mendapatkannya secara percuma sesuai dengan kelayakan yang
diberikan kepadanya oleh kerajaan iaitu sebagaimana yang dipohon dengan
pihak JPJ atau membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan. Jika
tidak berminat, beliau boleh menolak tawaran tersebut,” kata Ketua
Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan.
Dalam satu kenyataan hari
ini, Solah berkata, JPJ telah menerima permohonan untuk mendapatkan
nombor WWW 15 daripada Liow bagi kegunaan kenderaan rasmi.
Katanya,
ia dibuat melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada
hari terakhir siri nombor pendaftaran WWW dibuka untuk bidaan.
"Jawatankuasa Penilai Tempahan Nombor Pendaftaran Siri WWW seterusnya
memutuskan bahawa nombor pendaftaran WWW 15 ditawarkan kepada Datuk Seri
Liow Tiong Lai dengan harga tertinggi iaitu RM24,200," tegasnya.
Solah
turut menjelaskan bahawa JPJ memang akan memaparkan nama pembida
berjaya kepada umum, selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan
dalam pengurusan tempahan nombor pendaftaran.
“Ia juga kerana
bidaan telah dibuat oleh orang ramai, sudah tentu mereka ingin tahu
siapa yang memenangi nombor yang dibida. Pemenang bagi siri-siri sebelum
ini juga kita paparkan,” katanya.
2 ulasan:
Pilihan di tangan anda, wahai rakyat Malaysia.. Fikir sejenak dan buatlah keputusan secara waras..
Catat Ulasan