Jumaat, 7 Oktober 2011

Jangan Dok Asyik Menghentam Yop, Berilah Peluang

"Pakatan pembangkang membentangkan apa yang mereka label sebagai bajet alternatif tengahari tadi. Bajet yang akan membelanjakan wang negara sebanyak RM220 billion ini dikatakan sebagai bajet untuk kesejahteraan rakyat. Teman tak mau komen panjang, tapi memang senang main tabuh je janji nak belanja, sebab dema tak payah nak keluar duit sekupang pun yop. Main janji je, bukan duit makpak dema pun yop. Takat pembangkang yang perlu hanya tabur janji bermodalkan air liur aje yop. Sedangkan janji nak bagi duit kepada warga emas di Selangor pun belum ditunaikan lagi sampai hari ni. Tu pun berapa sen sangat. Di Pulau Pinang pulak, janji rejim anak jantan Kitsiang untuk beri duit kepada rakyat miskin ditunaikan dengan guna duit lumba kuda!

BAJET PiRaun - pada teman, bajet yang dibentangkan oleh pembangkang semalam layak dilabel sebagai bajet PiRaun. Kenapa teman kata begitu? Sebab itulah yang dibuat oleh Firaun. Semasa sudah sesak dengan asakan kebenaran risalah Nabi Musa a.s, dan rakyat Firaun sudah mula beralih untuk bersama Nabi Musa a.s, Firaun menawarkan pakej ransangan sesat kepada rakyatnya. Digula-gulakan rakyat dengan pelbagai janji, sambil didakyahkan pelbagai temberang mengenai risalah Nabi Musa a.s."
Antara petikan yang terkandung di blog YB Zulkifli Nordin yang berjudul 'BAJET PiRaun?' bertarikh 4 Oktober 2011.

Untuk petikan penuh, sila rujuk url: http://zul4kulim.blogspot.com/
 

YB Zul, saya amat menghormati dan menggagumi semangat YB dalam meningkatkan, memartabatkan serta memperjuangkan Islam di Malaysia khususnya dan dunia secara amnya.. Namun demikian, melihatkan gerak laku dan ulasan yang telah YB suarakan dewasa ini samada melalui penulisan mahupun percakapan, membuatkan saya berasa gundah dan gelisah memikirkan perubahan ketara melanda diri YB yang mana ia sekaligus merencatkan perjuangan asal.

Kenapa mesti memburukkan kerajaan Selangor & Pulau Pinang? Adakah YB telah membuat perincian dan kaji selidik di kedua-dua negeri tersebut dengan mendapatkan ulasan daripada warga emas dan penduduk setempat? Maka tidak wajar mempersoalkan sumbangan yang telah diberikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat kepada rakyat mereka tanpa sebarang statistik tepat mengenainya.. 

Jangan membuta tuli membuat tohmahan kepada pihak lain tanpa membuat penyelidikan dan kajian yang tepat kerana tindakan ini sama sekali menampakkan kepada umum akan kebodohan kita. 

Tentu ada rasionalnya penghasilan dan pembentangan Belanjawan Pakatan 2012 oleh Pakatan Rakyat dengan terbuktinya kejayaan mereka memacu dengan jayanya negeri Selangor dan Pulau Pinang.


Untuk keterangan lanjut, rujuk URL Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 seperti berikut:
http://www.pakatanrakyat.info/?page_id=108

http://www.keadilanrakyat.org/images/stories/webimg.. /blog/pakatan_rakyat_shadow_budget_2012_final_version.pdf



Baca, fahami dan selami keikhlasan Pembangkang a.k.a Pakatan Rakyat.. Itupun kalau mereka betul2 ikhlas.. Kalau didapati mereka sama sekali tidak ikhlas, campakkan sahaja mereka jauh-jauh pada pilihanraya akan datang.. Sebab apa, kuasa di tangan rakyat.. Rakyat mempunyai kuasa menentukan hala tuju negara.. 

Jangan memperjudikan nasib? Excuse me, selama ini pun kita telah pun memberikan peluang dan menunggu hingga 54 tahun dengan harapan pemerintah hari ini meningkatkan taraf hidup rakyat dan pendapatan negara, tetapi sebaliknya apa yang kita peroleh? Tepuk dada tanya iman..

Usaha Sapina PM Gagal

"Keputusan Pembatalan Sapina PM Najib Bukti Skrip Ulangan Konspirasi Fitnah
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat kegagalan Dato’ Sri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah untuk disapina berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat bahawa kes Fitnah 2 yang sedang dibicarakan di mahkamah kini merupakan satu konspirasi mengulangi kes Fitnah 1 tahun 1998.
AMK melihat keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membenarkan permohonan Dato’ Sri Najib dan Datin Sri Rosmah supaya tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan ini dilihat sebagai satu “prejudge” pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan pembelaan beliau bahawa wujud konspirasi di mana Dato Sri Najib didakwa terlibat.
Sehingga ke hari ini masih belum ada penafian konkrit ke atas ‘turun naik’ kenyataan Dato’ Sri Najib di mana beliau memberi dua jawapan berbeza sewaktu ditanya media 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 mengenai pertemuan beliau dengan penuduh, Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008. Dalam respon media pertama, beliau mendakwa Saiful memohon biasiswa, sebaliknya respon media kedua, beliau menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat Datuk Seri Anwar di mana dari segi fakta, fitnah liwat yang dilakukan oleh Saiful berlaku 2 hari selepas pertemuan dengan Dato’ Sri Najib !"

Antara petikan kenyataan  media oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia - Shamsul Iskandar Mohd Akin bertarikh 7 Oktober 2011 di sisipan blog Anwar Ibrahim. 

Untuk petikan penuh, sila rujuk url: http://anwaribrahimblog.com/

Khamis, 6 Oktober 2011

Politik Adalah Kehidupan

Sana sini riuh rendah membincangkan hal politik yang tiada berpenghujung.. Kerajaan kata pembangkang tidak pandai mentadbir negeri dan mengikut telunjuk non-Malay, pembangkang pula membalas dengan memaparkan kerajaan dari dulu dan selamanya adalah korup dan hipokrit! Masing-masing mempunyai 'peluru' samada memperolehinya dari sumber benar atau tidak bukan menjadi keutamaan, yang paling penting, isu atau perkhabaran tersebut boleh mencederakan/mematikan antara satu sama lain.

Di dada-dada akhbar dan saluran TV utama, pembangkang kelihatan 1001 kepincangan samada  membabitkan isu moral, penyelewengan pentadbiran, tidak patriotik terhadap negara, tidak menghormati institusi diraja, pro komunis, islam radikal, gila kuasa dan pelbagai lagi tohmahan negatif dilemparkan..

Bagaimana pula dengan pengolahan cerita mengenai gerak kerja dan sumbangan kerajaan kepada rakyat? Sejak dahulu hingga kini, tiada satupun perkhabaran di dada akhbar mahupun TV yang memaparkan perincian kejadian sebenar yang berlaku membabitkan pemimpin kerajaan.. Mengapa ini berlaku? Politik adalah kehidupan maka terpulanglah kepada parti politik samada mahu memilih jalan yang mereka kehendaki...