Sabtu, 9 Jun 2012

Bagusler, Menteri banyak pilihan.. Rakyat satu pilihan kan dah memadai..

Sumber: Malaysiakini
2:41PM Jun 8 2012 

WWW 15: Liow ada tiga pilihan, kata JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan hari ini bahawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai tiga pilihan berhubung tawaran mendapatkan nombor WWW 15.

“Beliau boleh mendapatkannya secara percuma sesuai dengan kelayakan yang diberikan kepadanya oleh kerajaan iaitu sebagaimana yang dipohon dengan pihak JPJ atau membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan. Jika tidak berminat, beliau boleh menolak tawaran tersebut,” kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Solah berkata, JPJ telah menerima permohonan untuk mendapatkan nombor WWW 15 daripada Liow bagi kegunaan kenderaan rasmi.

Katanya, ia dibuat melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada hari terakhir siri nombor pendaftaran WWW dibuka untuk bidaan.

 "Jawatankuasa Penilai Tempahan Nombor Pendaftaran Siri WWW seterusnya memutuskan bahawa nombor pendaftaran WWW 15 ditawarkan kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan harga tertinggi iaitu RM24,200," tegasnya.

Solah turut menjelaskan bahawa JPJ memang akan memaparkan nama pembida berjaya kepada umum, selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan dalam pengurusan tempahan nombor pendaftaran.

“Ia juga kerana bidaan telah dibuat oleh orang ramai, sudah tentu mereka ingin tahu siapa yang memenangi nombor yang dibida. Pemenang bagi siri-siri sebelum ini juga kita paparkan,” katanya.

Isu PTPTN dipolitikan ke? Tak kot..

Sumber: Malaysiakini
11:06AM Jun 9 2012

Kenyataan pengerusi PTPTN 'kurang cerdik', kata setpol MB

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Hussin berkata kenyataan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berhubung pinjaman untuk siswa di universiti bawah kerajaan negeri itu bukan sahaja penuh "emosi politik" tetapi juga "kurang cerdik."

Katanya, dakwaan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu memberi bantuan kewangan juga menunjukkan bahawa pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamaed Said "diperangkap oleh pemimpin tertinggi Umno-BN."

"Malang bagi Pengerusi PTPTN (Datuk Ismail Mohamaed Said) selepas menurut perintah menteri kini terpaksa menjilat semula keputusan itu dan membuat kenyataan berbohong kononnya kerajaan Selangor tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajar.

"Kenyataan beliau bukan sahaja penuh emosi politik tetapi kurang cerdik memandangkan kerajaan negeri telahpun mengumumkan skim bantuan khas untuk pelajar yang teraniaya oleh pembekuan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada siswa di sua buah institut pengajian tinggi bawah kerajaan negeri itu - Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor.
Tidak sampai 24 jam, PTPTN semalam bagaimanapun menarik semula tindakan membekukan pinjaman kepada siswa baru Unisel selepas menerima bantahan keras termasuk daripada pemimpin BN seperti ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Langkah itu pada awalnya disokong kuat oleh timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri pendidikan tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan menteri pertanian Datuk Seri Noh Omar.
Mengulas lanjut, Faekah berkata penjawat awam seperti pentadbir PTPTN perlu melihat perjalanan isu berkenaan sebagai satu amaran kepada mereka "agar tidak dengan membabi buta menurut arahan ahli politik."

"Selaku penjawat awam, mereka sepatutnya mempunyai integriti dalam memastikan kepentingan rakyat, dalam kes ini para pelajar, diutamakan. Mereka tidak harus membenarkan pentadbiran di jabatan mereka ditadbir oleh ahli politik.

"Justeru, jika mana-mana ahli politik atau menteri yang emosi, kebudak-budakkan dan tidak cerdik dalam pendekatan mereka, penjawat awam selaku golongan profesional perlu berani menyatakan pandangan.

"Ini termasuk mengajar dan mengingatkan para menteri yang tidak faham akan prinsip doktrin pengasingan kuasa - di antara eksekutif dan legislatif," katanya.

Tambahnya, menteri Umno berkenaan juga perlu menghentikan amalan "bersembunyi di celah kain seorang kakitangan awam" seperti dalam tindakan mereka dalam isu pembekuan pinjaman itu.

Menteri berkenaan tidak harus berperangai seperti ahli politik jalanan tetapi sebaliknya perlu bersikap sebagai negarawan demi khidmat untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik, katanya lagi.

Isnin, 9 Januari 2012

Peluru YB Zulkifli Nordin

Bilamana berlakunya percakaran di dalam Pakatan Rakyat, media samada akhbar mahupun televisyen akan memberikan tumpuan utama kepada insan bernama Zulkifli Nordin.. Kenapa & mengapa yea?? 

Saya begitu teruja untuk membaca coretan-coretan beliau yang semestinya dinantikan (Uweekkk..). 

Antara ulasan-ulasan terkini beliau di http://zul4kulim.blogspot.com/ adalah seperti berikut:

08 January 2012
HASAN ALI TumPAS!

Salam 2 all.
HamPAS PASti tumPAS! PAS sedang menggali kubor politik mereka sendiri! Hari ini, berjuang untuk Islam adalah dosa besar didalam PAS! Membela Islam adalah kesalahan tidak terampun bagi PAS! Perjuangan Dr. Hasan Ali memartabatkan Islam, menyeru kepada yang ma’ruf, mencegah kemungkaran, membela aqidah umat, melaksana kehendak syariat dikatakan bercanggah dengan dasar parti yang mengaku berjuang untuk Islam; malah menyelimutkan diri dengan jubah-serban Islam! Pelik Bin Ajaib!!!
Itulah rumusan paling layak diberi kepada parti yang mengaku sebagai Parti Islam SeMalaysia! Pemecatan tokoh pejuang dan aktivis gerakan Islam, YB Datuk Dr. Hasan Ali sebentar tadi membuktikan apa yang telah teman sebut banyak kali. Perjuangan Islam yang dilaungkan PAS hanyalah retorik politik yang penuh hipokrit!

Saya dah tak dapat menahan sabar untuk mencelah di coretan beliau... Asyik mengutuk dan menghentam PAS aje... Dia sahaja yang betul.. Cuba pandang ke cermin, tengok diri sendiri.. Tak perlu nak ulas panjang, banyak perihal isu berkaitan agama Islam di negara ini yang tidak diendahkan serta dipandang sepi dari membincangkanya..
 
Meh cini saya jawab meh... :-)

Pemecatan Dr. Hasan Ali sebenarnya membuktikan:
1. Retorik perjuangan Islam sebagai prinsip perjuangan PAS adalah hipokrit dan pembohongan semata-mata! Seluruh dunia mengenali Dr. Hasan Ali sebagai seorang yang konsisten dengan prinsip perjuangan memartabat, menobat dan mempertahankan Islam, Melayu & Institusi DiRaja!
Kesediaan Dr. Hasan Ali mengetuai pergerakan Himpunan Selamatkan Aqidah hasil daripada tindakan biaDAP segelintir pastor dan gereja mendakyah kristianisasi kepada umat Islam telah menyedarkan umat Islam bangsa Melayu akan kritikalnya kedudukan Islam & Melayu dalam negara ini! Beliau baru sahaja mengetuai Himpunan Umat Islam semalam di Stadium Tertutup Paroi, Negeri Sembilan yang dihadiri ribuan umat Islam dari pelbagai latarbelakang social & politik! Namun perjuangan Dr. Hasan Ali sangat tidak disenangi oleh kepimpinan parti rasis & cauvinis biaDAP dan kaum liberal & penganut pluralisma didalam dan luar pakatan biaDAP-PKR-PAS!
Kalau soal hendak melagakan Pakatan Rakyat, terserahler kat YB.. Dulu takder pernahnya nak puji Dr. Hassan Ali, time diorg tgh bercakaran ni, time tu ler dah dilambung pujian kepadanya..janganler berfikiran tertutup dan racist..Tak maju melayu kalau perangai cam gini.. Berbilang kaum adalah harmoni & indah.. Sama2lah menjiwainya..

2. Pengisian perjuangan Islam yang dilaungkan oleh PAS jelas langsung tidak diamalkan! Adakah Dr. Hasan Ali diberi peluang membela diri? Adakah Dr. Hasan Ali diberi hak mempertahankan diri? Adakah Dr. Hasan Ali diberi peluang memperjelaskan pendirian dan perjuangan serta tindakan dia?
Apa yang kita tau, mesyuarat peringkat PAS Pusat sebentar tadi sekadar membuat pengundian tanpa bahas mahupun Dr. Hasan Ali dipanggil tunjukkan sebab dan membela diri! Islam mengajar kita prinsip asas keadilan Islam mewajibkan seseorang diberi peluang membela diri sebelum sebarang tindakan diambil!
Buat apa dok sibuk2 jaga tepi kain orang.. Cuba tgk kain sendiri tu, ada ke kotoran, koyak atau perlukan penggantian kerana terlalu lama memakainya.. 

3. Pemecatan Dr. Hasan Ali membuktikan cengkaman kaum Anwarinas didalam kepimpinan PAS adalah mutlak! Baru semalam kenyataan Azmin Ali, Timbalan Presiden dan orang kanan Anwar mendesak Dr. Hasan Ali dikenakan tindakan tegas disiarkan. Ini kerana dua hari lepas, Dr. Hasan Ali mempertikaikan tindakan Anwar mengadakan demonstrasi jalanan untuk membebaskan dia daripada tuduhan meliwat stafnya Saiful.
Dr. Hasan Ali menegaskan Anwar tidak sepatutnya mengheret rakyat kedalam kemelut masalah peribadi dan akhlak dia sendiri! Malah Dr. Hasan Ali mempertikaikan kelayakan Anwar menjadi pemimpin pembangkang dan calon PM pakatan biaDAP-PKR-PAS kerana punya masalah akhlak dan moral yang buruk! Ketegasan Dr. Hasan Ali membuatkan Azmin Ali, anak emas Anwar melenting dan marah! Dan kemarahan Azmin Ali diterjemahkan tak sampai 24 jam dengan pemecatan Dr. Hasan Ali sebentar tadi!
Bilamana prinsip, dasar & perlembagaan parti dilanggar, sendiri mahu ingat ler...

4. Pemecatan Dr. Hasan Ali membuktikan perjuangan retorik Negara Islam, perlaksanaan syariat dan undang-undang Islam sudahpun berkubur didalam PAS! PAS sekadar membuktikan ia adalah parti poltitik biasa yang sudah dipenuhi oleh politikus kalkatus yang rakus mahukan kuasa , kedudukan dan jawatan. Dr. Hasan Ali dilihat penghalang kepada matlamat mendapatkan Putrajaya! Maka dihalalkan cara yang cukup jijik dan kotor; pejuang Islam yang sepatutnya sinonim dengan parti Islam dicantas dan dibuang demi memenuhi nafsu serakah mahukan kuasa!
Tak baik menjadi batu api.. Jadiler manci api yang mana memberi jasa kepada orang ramai untuk menyalakan lilin di saat ketiadaan elektrik..

5. Yang halal menjadi haram, yang haram menjadi halal! Himpunan Umat Islam yang diketuai oleh Dr. Hasan Ali dilarang; himpunan bersama kafir harbi dan untuk menyelamatkan manusia paling buruk akhlaknya dihalalkan! Malah diisytiharkan sebagai jihad perhimpunan untuk menyelesaikan masalah moral dan akhlak seorang pemimpin yang sudah rosak!
Pas & PKR sama sekali tidak menghalang ahli mereka dari menyertai HIMPUN.. Bilamana kita bercakap tanpa merujuk dari sumber yang relevan & sah, masyarakat sama sekali dapat menilai tahap & keupayaan diri kita


P/S: Saya tak pernah merasa kenikmatan meninggalkan komen di blog YB Zulkifli Nordin.. Terimalah ulasan & komen saya yea YB suatu hari nanti... Huuuhuhuuu...

Jumaat, 7 Oktober 2011

Jangan Dok Asyik Menghentam Yop, Berilah Peluang

"Pakatan pembangkang membentangkan apa yang mereka label sebagai bajet alternatif tengahari tadi. Bajet yang akan membelanjakan wang negara sebanyak RM220 billion ini dikatakan sebagai bajet untuk kesejahteraan rakyat. Teman tak mau komen panjang, tapi memang senang main tabuh je janji nak belanja, sebab dema tak payah nak keluar duit sekupang pun yop. Main janji je, bukan duit makpak dema pun yop. Takat pembangkang yang perlu hanya tabur janji bermodalkan air liur aje yop. Sedangkan janji nak bagi duit kepada warga emas di Selangor pun belum ditunaikan lagi sampai hari ni. Tu pun berapa sen sangat. Di Pulau Pinang pulak, janji rejim anak jantan Kitsiang untuk beri duit kepada rakyat miskin ditunaikan dengan guna duit lumba kuda!

BAJET PiRaun - pada teman, bajet yang dibentangkan oleh pembangkang semalam layak dilabel sebagai bajet PiRaun. Kenapa teman kata begitu? Sebab itulah yang dibuat oleh Firaun. Semasa sudah sesak dengan asakan kebenaran risalah Nabi Musa a.s, dan rakyat Firaun sudah mula beralih untuk bersama Nabi Musa a.s, Firaun menawarkan pakej ransangan sesat kepada rakyatnya. Digula-gulakan rakyat dengan pelbagai janji, sambil didakyahkan pelbagai temberang mengenai risalah Nabi Musa a.s."
Antara petikan yang terkandung di blog YB Zulkifli Nordin yang berjudul 'BAJET PiRaun?' bertarikh 4 Oktober 2011.

Untuk petikan penuh, sila rujuk url: http://zul4kulim.blogspot.com/
 

YB Zul, saya amat menghormati dan menggagumi semangat YB dalam meningkatkan, memartabatkan serta memperjuangkan Islam di Malaysia khususnya dan dunia secara amnya.. Namun demikian, melihatkan gerak laku dan ulasan yang telah YB suarakan dewasa ini samada melalui penulisan mahupun percakapan, membuatkan saya berasa gundah dan gelisah memikirkan perubahan ketara melanda diri YB yang mana ia sekaligus merencatkan perjuangan asal.

Kenapa mesti memburukkan kerajaan Selangor & Pulau Pinang? Adakah YB telah membuat perincian dan kaji selidik di kedua-dua negeri tersebut dengan mendapatkan ulasan daripada warga emas dan penduduk setempat? Maka tidak wajar mempersoalkan sumbangan yang telah diberikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat kepada rakyat mereka tanpa sebarang statistik tepat mengenainya.. 

Jangan membuta tuli membuat tohmahan kepada pihak lain tanpa membuat penyelidikan dan kajian yang tepat kerana tindakan ini sama sekali menampakkan kepada umum akan kebodohan kita. 

Tentu ada rasionalnya penghasilan dan pembentangan Belanjawan Pakatan 2012 oleh Pakatan Rakyat dengan terbuktinya kejayaan mereka memacu dengan jayanya negeri Selangor dan Pulau Pinang.


Untuk keterangan lanjut, rujuk URL Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 seperti berikut:
http://www.pakatanrakyat.info/?page_id=108

http://www.keadilanrakyat.org/images/stories/webimg.. /blog/pakatan_rakyat_shadow_budget_2012_final_version.pdf



Baca, fahami dan selami keikhlasan Pembangkang a.k.a Pakatan Rakyat.. Itupun kalau mereka betul2 ikhlas.. Kalau didapati mereka sama sekali tidak ikhlas, campakkan sahaja mereka jauh-jauh pada pilihanraya akan datang.. Sebab apa, kuasa di tangan rakyat.. Rakyat mempunyai kuasa menentukan hala tuju negara.. 

Jangan memperjudikan nasib? Excuse me, selama ini pun kita telah pun memberikan peluang dan menunggu hingga 54 tahun dengan harapan pemerintah hari ini meningkatkan taraf hidup rakyat dan pendapatan negara, tetapi sebaliknya apa yang kita peroleh? Tepuk dada tanya iman..

Usaha Sapina PM Gagal

"Keputusan Pembatalan Sapina PM Najib Bukti Skrip Ulangan Konspirasi Fitnah
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat kegagalan Dato’ Sri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah untuk disapina berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat bahawa kes Fitnah 2 yang sedang dibicarakan di mahkamah kini merupakan satu konspirasi mengulangi kes Fitnah 1 tahun 1998.
AMK melihat keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membenarkan permohonan Dato’ Sri Najib dan Datin Sri Rosmah supaya tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan ini dilihat sebagai satu “prejudge” pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan pembelaan beliau bahawa wujud konspirasi di mana Dato Sri Najib didakwa terlibat.
Sehingga ke hari ini masih belum ada penafian konkrit ke atas ‘turun naik’ kenyataan Dato’ Sri Najib di mana beliau memberi dua jawapan berbeza sewaktu ditanya media 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 mengenai pertemuan beliau dengan penuduh, Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008. Dalam respon media pertama, beliau mendakwa Saiful memohon biasiswa, sebaliknya respon media kedua, beliau menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat Datuk Seri Anwar di mana dari segi fakta, fitnah liwat yang dilakukan oleh Saiful berlaku 2 hari selepas pertemuan dengan Dato’ Sri Najib !"

Antara petikan kenyataan  media oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia - Shamsul Iskandar Mohd Akin bertarikh 7 Oktober 2011 di sisipan blog Anwar Ibrahim. 

Untuk petikan penuh, sila rujuk url: http://anwaribrahimblog.com/

Khamis, 6 Oktober 2011

Politik Adalah Kehidupan

Sana sini riuh rendah membincangkan hal politik yang tiada berpenghujung.. Kerajaan kata pembangkang tidak pandai mentadbir negeri dan mengikut telunjuk non-Malay, pembangkang pula membalas dengan memaparkan kerajaan dari dulu dan selamanya adalah korup dan hipokrit! Masing-masing mempunyai 'peluru' samada memperolehinya dari sumber benar atau tidak bukan menjadi keutamaan, yang paling penting, isu atau perkhabaran tersebut boleh mencederakan/mematikan antara satu sama lain.

Di dada-dada akhbar dan saluran TV utama, pembangkang kelihatan 1001 kepincangan samada  membabitkan isu moral, penyelewengan pentadbiran, tidak patriotik terhadap negara, tidak menghormati institusi diraja, pro komunis, islam radikal, gila kuasa dan pelbagai lagi tohmahan negatif dilemparkan..

Bagaimana pula dengan pengolahan cerita mengenai gerak kerja dan sumbangan kerajaan kepada rakyat? Sejak dahulu hingga kini, tiada satupun perkhabaran di dada akhbar mahupun TV yang memaparkan perincian kejadian sebenar yang berlaku membabitkan pemimpin kerajaan.. Mengapa ini berlaku? Politik adalah kehidupan maka terpulanglah kepada parti politik samada mahu memilih jalan yang mereka kehendaki...